SINTOK: Universiti
Utara Malaysia (UUM) sedang mengadakan pesta konvokesyen yang ke-29 yang
berlangsung dari 9 hingga 16 November 2016. Majlis perasmian pesta berkenaan
telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Ahmad Bashah Bin Md. Hanipah, Menteri
Besar Kedah.
Pesta konvokesyen
ke-29 ini juga membuka peluang kepada para pelajar universiti bagi mencungkil
bakat keusahawanan mereka dengan membuka gerai perniagaan mereka yang
tersendiri. Peluang keemasan ini tidak seharusnya disiakan oleh para pelajar
yang berminat dalam bidang perniagaan. Ini kerana, ia dapat membuka mata para
siswazah dalam mengenali dunia perniagaan.
Pelajar pengurusan perniagaan, Amirul Ashraf
(tengah) bersama rakannya berniaga di tapak pesta konvokesyen ke-29. Foto Nabil
Fikri
Amirul Ashraf Bin
Mohammad, 23, pelajar pengurusan perniagaan semester tujuh juga tidak
ketinggalan dalam mengambil bahagian bagi menyertai peluang keemasan ini.
Beliau membuka gerai minuman bersama rakannya. Menu minuman istimewa yang
disediakan ialah cincau karamel.
Beliau sebelum
ini memang aktif berniaga di setiap karnival yang terdapat di dalam kampus.
Dengan pengalaman yang ada, beliau tidak teragak-agak untuk membuka gerai
minumannya di tapak konvokesyen pula.
Menurut beliau,
“saya seronok berniaga di dalam kampus, ramai rakan saya memberitahu bahawa air
yang saya buat sangat sedap dan harganya juga berbaloi. Jadi, saya buka gerai
ini untuk memenuhi citarasa pelanggan saya disamping memperoleh sedikit wang
bagi menampung kos sara hidup yang meningkat”.
Tambah beliau
lagi, “saya mengambil kos pengurusan perniagaan. Peluang ini membolehkan saya
menggilap bakat berniaga yang baru hendak berjinak dalam bidang ini. Untuk
dapat tapak di pesta konvo ini bukannya senang, banyak prosedur yang perlu
dipatuhi untuk dapatkannya”.
Beliau juga
berharap agar ramai lagi pelajar yang mengambil bahagian dalam pesta
konvokesyen yang seterusnya. Hal ini kerana, aktiviti ini dapat mengeratkan
silaturahim dan dapat mengenali lebih ramai orang.
Seperti yang kita
tahu aktiviti perniagaan adalah merupakan perkara yang sangat mulia kerana
rasulullah juga menuntut kita agar berniaga. Ia kerana, aktiviti perniagaan
dapat menghapuskan riba dan sumber yang diperoleh juga menjadi bersih.