Tuesday, September 27, 2016

Pengenalan diri


Assalamualaikum semua. Alhamdulillah dan syukur kehadrat ilahi kerana diberi kesihatan dan diberikan nikmat hidup di dunia ini supaya dapat melakukan ibadah kepadanya. Dengan cuaca yang baik hari ini terdetik di hati saya untuk menceritakan serba sedikit tentang kehidupan saya. Fuhh, dah macam pak ustaz bagi ceramah pulak. :)

Baiklah, kita gunakan bahasa melayu yang lebih santai la ye. Sebab apa? Sebab ini blog saya kan, apa salahnya. :) Nama diberi oleh ibu dan ayah saya ialah Nabil Fikri Bin Abdullah. Nabil bermaksud pandai dan cerdik. Fikri pula bermaksud fikiran. Digabungkan mejadi fikiran yang cerdik. Indahkan nama saya. Ramai rakan dan teman serta ahli keluarga memanggil Nabil sebagai kata ganti nama yang kedua kepada saya. kan ada orang tua-tua kata, kalau 40 orang memanggil kita dengan sesuatu panggilan, ianya menjadi satu doa buat kita. Sebabtu la saya pandai kot, hehe. 

Tahun ini saya berumur 22 tahun. Dah boleh kahwin dah kot. :) saya dilahirkan pada 30 Mei 1994 di Hospital Besar Kangar. Maaflah, tak ingat pulak nama doktor yang menyambut saya. Apapun, terima kasih kerana tidak mencederakan saya. Alhamdulillah diberikan nikmat sempurna tubuh badan dan tidak mengalami sebarang kecacatan.

Saya pernah menetap di 3 buah negeri yang berbeza iaitu, Pulau Pinang, Perak dan Perlis. Semasa saya menetap di Pulau Pinang, saya bersekolah di SMKA Al-Mashoor (L). 

Di sini lah tempat saya mematangkan diri dan menambah ilmu pengetahuan dalam kehidupan. Masih segar diingatan semua memori dan kenangan di sekolah ini. Guru-guru yang tidak lokek untuk menyampaikan ilmu dan rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa membimbing saya kearah kebaikan. Sehingga ke hari ini saya masih berhubung dengan rakan-rakan saya. 

Kemudian saya mendapat tawaran ke Matrikulasi Perak. 

Di sani waktunya agak singkat, tetapi pengalaman yang saya dapat sangatlah bermakna. Di sini, adalah masa di mana pengajaran di sekolah tamat dan pengajaran pra universiti bermula.  

Setelah setahun berada di matrikulasi, saya ditawarkan untuk mengambil ijazah di Universiti Utara Malaysia. 

Di sini saya berharap saya dapat menimba ilmu yang bermanfaat agar menjadi insan yang berguna kelak. suasana disini sangat indah dan udaranya yang nyaman. Seperti mana yang diketahui UUM di kelilingi hutan simpan dan bukit bukau.

Akhir sekali, inilah serba sedikit tentang diri dan kehidupan saya. Nak tahu lebih lanjut boleh lah hubungi saya di facebook. :)

Facebook  : Nabil Fikri
Twitter      : @nfnabilfikri
Instagram : @nfnabilfikri